Solat Sebagai Senaman Orang Islam
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramadan yang Mulia akan berkunjung tiba tidak lama lagi, membawa keberkatan istimewa bagi orang-orang yang berpuasa. Semoga kita dapat sama-sama menjalani ibadah tuntutan yang ketiga ini dengan penuh penghayatan.
Mungkin anda sudah tahu bahawa solat mempunyai elemen senaman bagi si pelakunya kerana ia merupakan gabungan dan ulangan beberapa pergerakan fizikal tetapi mungkin ada belum jelas tentang kelebihan pergerakan dan postur tersebut. Izinkan kami di MAC SPORTS untuk menjelaskannya kepada anda.
Berdiri tegak
Postur ini melegakan badan kerana keseluruhan berat badan diagihkan pada kedua-dua kaki. Badan anda ditegakkan, membaiki postur badan. Penglihatan anda diasah dengan memberi tumpuan kepada tempat bersujud. Segala otot di bahagian atas dan bawah badan dilonggarkan. Ia seperti ‘warm up’ bagi aktiviti solat.
Rukuk
Pergerakan ini meregangkan otot di keseluruhan bahagian bawah badan. Darah dipam ke bahagian atas badan seterusnya menutrisikan otot termasuk organ-organ dalaman seperti buah pinggang.
Iktidal
Darah yang telah dipam ke bahagian atas badan tadi kembali semula ke posisi asalnya membawa toksin. Seluruh badan menjadi relaks.
Sujud pertama
Kedudukan lutut ketika sujud ini meningkatkan keanjalan sendi dan menguatkan otot perut, mengelakkan batin seseorang menjadi lemah. Seterusnya, darah dipam lagi ke bahagian paling atas badan iaitu kepala, mata, telinga dan hidung serta paru-paru. Ia dapat mengurangkan tekanan darah yang tinggi . Bagi wanita yang hamil, perbuatan sujud dapat mengekalkan kedudukan janin agar tidak songsang.
Duduk antara dua sujud
Kedudukan ini membantu detoksifikasi hati dan merangsang tindakan peristalsis usus besar. Ia membantu melancarkan penghadaman dengan memaksa kandungan perut ke bawah.
Sujud kedua
Pengulangan sujud membersihkan peredaran darah pernafasan, memberikan rasa ringan pada badan dan kebahagiaan emosi. Seluruh badan mengalami pengoksigenan dengan sempurna. Sistem saraf simpatetik dan parasimpatetik diseimbangkan.
Begitulah kesannya pergerakan dan posisi badan dalam solat terhadap pelakunya pada rakaat yang pertama. Kita mengulangi kitaran ini untuk 2, 3 atau 4 kali dalam perbuatan solat yang wajib. Apatah lagi jika ditambah solat yang sunat. Sudah tentulah kita mendapat manfaat yang sangat besar melalui solat.
Ketahui dengan terperinci bagaimana pergerakan dalam solat memberikan kesan senaman terhadap anda. Lihat bio dan tekan link untuk ke website kami.
#KedaiSukanMacSports
#barangsukan
#sayajual
#solat
#ramadan
#macsportsworld