'SELAMAT DATANG' ke Blog Rasmi KedaiSukan MacSports, Sitiawan, Manjung, Perak, | 'MEREALISASIKAN IMPIAN SUKAN ANDA'
Hai, peminat sukan bola sepak! Tahniah kerana anda berkongsi minat dengan jutaan penduduk dunia yang menggemari sukan popular ini. Kami di MAC SPORTS ingin mengimbau senario sukan bola sepak di Malaysia yang bemula dengan pertubuhan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kuala Lumpur pada tahun 1920 yang dipimpin oleh Andrew Caldecott, seorang gabenor dari Hong Kong. Sejak itu, aktiviti bola sepak semakin rancak diketengahkan sehingga menjadi kegemaran rakyat Negara ini. Hasil kebangkitan bola sepak kebangsaan, Stadium Nasional Bukit Jalil dibina pada tahun 1994 dan dibuka pada tahun 1998 sempena Sukan Komanwel 1998 yang telah memperhebat dunia bola sepak di Malaysia. Kini, terdapat dua format perlawanan bola sepak kejohanan kebangsaan yang dinanti-nantikan setiap tahun iaitu format liga dan format piala. Format Liga: • Liga Super Malaysia • Liga Perdana Malaysia • Liga FAM Format Piala: • Piala Malaysia • Piala FAM • Piala FA . • Piala Emas Diraja • Pestabola Merdeka • Piala Sumbangsih Terbaru, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah dilantik sebagai presiden Persatuan Bolasepak Malaysia yang akan mencorakkan semula sukan bola sepak di Negara ini dengan visi dan misi baginda. Kami di MAC SPORTS teruja untuk melihat senario sukan bola sepak Malaysia terus berkembang maju dan berharap agar skuad Negara dapat pergi ke peringkat yang lebih tinggi. Kami bawakan pelbagai produk bola sepak yang berkualiti tinggi pada harga lumayan kepada semua yang terlibat dengan sukan ini sama ada jurulatih, pemain mahupun peminat sebagai penzahiran sokongan kami kepada sukan bola sepak Negara. Untuk melihat produk yang kami sediakan, kunjungi kami di Wisma MAC SPORTS atau hubungi kami di mac_sports@yahoo.com MAC SPORTS, merealisasikan impian sukan anda.


Hai, peminat sukan bola sepak! Dapatkan produk berkualiti tinggi dengan harga berpatutan dengan kami. 

Lihat bio untuk ke website kami. 

#sukan #barangsukan #sayajual #sportsmalaysia #bolasepak