'SELAMAT DATANG' ke Blog Rasmi KedaiSukan MacSports, Sitiawan, Manjung, Perak, | 'MEREALISASIKAN IMPIAN SUKAN ANDA'
Kekangan bersukan? Jangan beri alasan!

Bagi anda yang aktif bersukan sama ada sukan kompetitif mahu pun alternatif, syabas di atas minat dan usaha anda itu. Teruskan! Tetapi bagi anda yang selalu mempunyai alasan untuk tidak bersukan, kami di MAC SPORTS mempunyai tips untuk anda mula atau kembali aktif untuk menjaga kesihatan fizikal.

Tidak ada masa...

Alasan ini sudah lapuk, kerana sebenarnya anda boleh bersukan sekali dalam seminggu! Tidak kira berapa lama aktiviti anda, sama ada 15 minit atau 1 jam, pastikan anda tidak lupa untuk memanaskan badan sebelum bermula. Selepas bersukan, regangkan badan dan makan atau minum hidangan yang tinggi protein untuk membina otot anda.

Tidak cukup wang...

Alasan wang juga tidak boleh dipakai kerana ada banyak prasarana sukan percuma yang disediakan untuk anda seperti padang-padang awam. Di Sitiawan Perak contohnya, anda boleh menggunakan Padang Astaka yang terletak di Kampung Serdang.
Tiada teman

Tidak dinafikan seronoknya mempunyai teman bersukan, tetapi ia bukanlah alasan untuk anda mengelak jika tidak berteman. Anda boleh mencari teman bersukan di group Facebook kawasan tempat tinggal anda. Pasti ada yang akan berminat.
Jika anda sudah berasa termotivasi untuk bersukan, tunggu apa lagi? Dapatkan peralatan permainan daripada kami di Wisma MAC SPORTS, No 219, Jalan Virgo, Taman Desa Bintang Sitiawan Perak dengan segera!

MAC SPORTS, merealisasikan impian sukan anda.


Tiada alasan untuk tidak bersukan! Biar kami memotivasikan diri anda. Lihat bio dan tekan link untuk ke website kami.
#sukan #barangsukan #sayajual #sportsmalaysia