Email dari Dr Azizan Osman,
Anda pernah rasa “What if I can go back in time…kembali ke masa lampau saya” atau “What if I can see what my future is … Cam mana agaknya masa depan saya 1 tahun, 5 tahun, 10 tahun dari sekarang atau hari tua saya?”
.
Pernah terfikir?
Pasti pernah kan… kita kan manusia yang dicipta Tuhan dengan penuh harapan, impian, dan imaginasi.
Dan sebabnya ramai orang ingin kembali ke masa lampau atau melihat masa depan adalah kerana mereka mahu UBAH sesuatu dalam hidup mereka betul?
.
Mereka mungkin nak ubah dari melakukan sesuatu yang telah menghalang kejayaan masa depan mereka hari ini atau jika mereka melihat masa depan mereka suram dan tidak bahagia, mereka mungkin nak kembali ke masa sekarang untuk merubah dan bertindak agar hidup mereka lebih bahagia di masa depan betul?
Tapi kenapa kita nak tunggu sesuatu itu berlaku baru nak berubah? Bila lagi kita nak SEDAR diri?
.
Jika kita nak berubah, sekarang masanya nak berubah. Kita tak perlu terlepas peluang masa lampau atau masa depan. Satu jam lepas pun dah jadi masa lampau betul.
Persoalannya, perubahan hidup anda bermula saat ini jika anda SEDAR yang masa tetap berjalan samada kita pilih untuk merubah atau tidak. Lagi cepat kita SEDAR dan bertindak untuk berubah, lagi cepat kita lihat hasilnya yang akan membahagiakan hidup kita dengan penuh kejayaan, kekayaan, keberkatan dan apa yang kita impikan.
Tapi apa yang anda sanggup lakukan pada saat ini jika anda diberi peluang untuk merubah masa depan anda?
.
Anda pernah tengok movie “Back To The Future 2” lakonan Michael J. Fox?
Dalam cerita tersebut ada scene yang menunjukkan Michael J.Fox sebagai Marty MacFly yang mengembara ke masa hadapan iaitu pada tarikh 21 Oktober 2015 (tarikh hari ini). Menurut cerita terbitan tahun 1989 itu, pada tahun 2015 orang ramai boleh bergerak dengan skateboard terbang, tali kasut yang boleh ikat sendiri, jaket kering sendiri, kereta terbang dan banyak lagi. Amacam?
Kalau anda pernah tengok “Back To The Future 1” pula, Michael J.Fox telah menggunakan kereta ciptaan Dr Emmet Brown yang digelar “DeLorean Time Machine” untuk pergi ke tahun 1955 untuk membetulkan sejarah silam.
.
Kalau anda boleh kembali ke zaman lampau, apa yang anda mahu betulkan? Zaman persekolahan, zaman bercinta, zaman belajar di universiti, zaman mula bekerjaya. Boleh ker?
.
Malangnya, itu hanyalah imaginasi penerbit filem. Setakat ini, masih tidak ada saintis di dunia yang boleh kembalikan kita ke masa lampau. Sedangkan 1 saat yang lepas pun tidak dapat kita kembalikan.
Apa yang anda boleh lakukan ialah untuk melakukan sesuatu sekarang untuk memastikan masa depan anda lebih baik dari semalam dan hari ini.
Anda mungkin ada cita-cita yang ingin anda capai 10 tahun lepas atau 20 tahun lepas tetapi sampai sekarang masih berstatus cita-cita.
Apa yang akan dan boleh anda lakukan untuk memastikan ianya jadi kenyataan di masa depan?
.
Ramai antara kita suka tangguhkan kejayaan dengan menangguhkan apa yang kita perlu lakukan sekarang. Asyik bertangguh-tangguh akhirnya cita-cita jadi angan-angan.
Cuba bayangkan, jika anda mula menuntut ilmu perniagaan dan berniaga 10 tahun lepas, anda rasa di mana tahap hidup dan perniagaan anda sekarang?
.
Kami mahu mengajak anda untuk lupakan kesilapan masa silam dan mulakan langkah seterusnya dengan melakukan sesuatu demi masa depan yang jauh lebih baik. Hadir ke Klinik Usahawan Dr Azizan Osman - Kuasai Potensi Diri, Wang & Bisnes Menjelang 2016.
Anda pasti akan pelajari sesuatu yang mampu membantu anda mendapatkan masa depan yang anda impikan.
.
Bayangkan, hanya dengan RM30 seorang untuk pendaftaran 3 orang sekumpulan dan RM50 bagi pendaftaran seorang, anda bakal memiliki cita-cita yang anda tangguhkan sekian lama ini.
Untuk mendaftar anda boleh:
.
- Hubungi talian bebas tol 1-300-88-2424